top of page

Anugerah Khas DBS 2017

Bagi menghargai sumbangan dan kerjasama yang diberikan dalam membantu menjayakan program pencarian bakat secara atas talian iaitu Bakat Muda 2017, pihak Dunia Bola Sepak (DBS) dengan berbesar hatinya menyampaikan Anugerah Khas Dunia Bola Sepak tahun 2017 kepada wakil Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP).

Setiausaha eksekutif FAP, Encik Muhammad Asyraf Mohamad Yusof telah menerima penghargaan tersebut pada 25 Januari 2018 di pejabat FAP (Jalan Sepoy Lines) bagi pihak bekas Presiden FAP, Yang Berhormat Zairil Khir Johari dan juga bekas Timbalan Presiden FAP, Datuk Gary Nair. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan.

The Great Bees (D'gReat Bees)

bottom of page